Loading...

Thursday, November 15, 2012





Contoh baju Melayu dan baju kurung






Gambar yang comel : Baju yang sama semasa menyambut Hari Raya





Gambar cheongsam dan sam foo




Baju sari dan baju punjabi


Jenis-jenis Pakaian di Malaysia



Rancangan Pengajaran Harian

Prasekolah SJK Chung Hua Batu Kitang
Tarikh  :23.10.2012
Hari : Selasa
Minggu : 7
Tema : Pakaian
Sub Tema : Jenis-jenis Pakaian

Masa
Tunjang
Standard Pembelajaran
Aktiviti
Kesepaduan
Catatan/ABM
Rutin  ( BM )
0730-0740
( 10 minit )
1.        Guru menyemak kehadiran murid.
2.        Murid menyanyi lagu Negaraku.
Perbualan Pagi
( BM )
0740-0800
( 20 minit )

1.        Guru membaca suratkhabar bersama-sama murid.






Perkembangan Fizikal
 (BM)
0800-0840
( 40minit )
Perkembangan Fizikal dan Estetika
PKF 1.1.1
Menggunakan jari untuk mengoyak bebas.
Tajuk : Jenis-jenis Pakaian
Objektif : Murid dapat mengawal psikomotor halus jari tangan.
1.    Murid melukis gambar pakaian.
2.    Murid menghiaskan pakaian dengan kertas warna yang dibekalkan.
KM
7.1.2

Kertas lukis, kertas warna, gam
BM
(Tematik)
0840-0950
(  70 minit)
Komunikasi
BM 4.2.4
Menulis huruf kecil dengan cara yang betul

Tajuk : Jenis-jenis Pakaian
Objektif: Murid  dapat menulis huruf kecil dengan cara yang betul.
1.    Murid membaca dan membunyikan huruf kecil.
2.    Murid menyalin dan menulis huruf kecil dalam buku tulisan.
BM 3.10.2

Kad huruf, buku tulisan
Rehat
(BM)
0950-1020
( 30 minit )



1.    Berbaris mencuci tangan
2.    Mengambil makanan
3.    Membaca doa
4.    Memberus gigi


Seni Visual
(BC)
1020-1100
40 minit
Perkembangan Fizikal dan Estetika
KTI 1.2.12    
Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk penghasilan sebuah karya kreatif.                                                                                                                         
Tajuk : Jenis-jenis Pakaian
Objektif : Murid menggunakan kreativiti sendiri menghasilkan sebuah karya.
1.    Murid menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan gambar baju.

Suratkhabar, pembalut gula batu
BM
(asas)
1100-1120
( 20 minit )
Komunikasi
BM 3.5.8
Membatangkan suku kata tertutup dan terbuka untuk menjadi  perkataan

Tajuk : Jenis-jenis Pakaian
Objektif: Murid  boleh membaca perkataan dengan betul.
1.    Murid mengecam perkataan, mengeja dan membaca dengan betul.
Kad gambar, kertas mahjong
Refleksi
BM
1120-1130

Murid:
  • Mengingat kembali apa yang telah belajar
  • Mempamerkan hasil kerja murid
  • Mengemas diri
  • Minta diri

Guru:
  • Membuat penilaian terhadap pencapaian murid
  • Membuat penilaian terhadap tingkah laku murid




Refleksi:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Rancangan Pengajaran Harian



Slot Pengajaran Bahasa Melayu

Minggu            : 7
Hari                 : Selasa
Tarikh              : 23 Oktober 2012
Tema               : Pakaian
Sub-tema        : Jenis-jenis Pakaian
Masa               : 20 minit
Tunjang           : Kemahiran bahasa dan komunikasi.
                        : Kemahiran fizikal dan estetika

Satndard Pembelajaran          : BM3.5.8 Membatangkan suku kata tertutup dan terbuka untuk
  menjadi perkataan
: PFK 1.1.10 Menggunakan tangan untuk memintal
: PFK 1.1.11 Menggunakan jari untuk merenjis
: PFK 1.1.12 Menggunakan jari untuk menjentik

Kesepaduan    :KM 7.1.2 Bercerita tentang pakaian pelbagai kaum dalam masyarakat Malaysia
                        : ST 1.1.2 Menunjukkan sikap sistematik, bekerjasama, bertanggungjawab.

Objektif pembelajaran: Pada akhir pembelajaran,murid dapat:
·         Mengenali jenis-jenis pakaian pelbagai kaum
·         Menyebut nama baju-baju yang terdapat dalam kad gambar
·         Membaca perkataan (nama-nama pakaian).
·         Memahami perkataan.

Kemahiran      : Kemahiran mendengar
                        : Kemahiran bertutur
                        : Kemahiran membaca

Nilai     : Hormat-menghormati
            : Bekerjasama
            : Bertanggungjawab
            : Sistematik

Kosa kata        : Tali pinggang, tali leher, kemeja, stoking, baju, gaun, topi, blaus, kasut,seluar
  panjang, baju – T, singlet.

Alatan dan bahan        : Kad imbas gambar, kertas mahjong, plastisin

Langkah-langkah Pembelajaran:
Set induksi:
-       Guru memilih dan meminta kanak-kanak bangun dan tanya soalan mengenai pakaian yang dipakai oleh mereka.
-       Guru bersoal jawab bersama-sama dengan kanak-kanak.
-       Guru bertanya jenis pakaian kegemaran kanak-kanak.

Langkah 1:
-       Guru membimbing kanak-kanak memahami dan mengenali nama jenis-jenis pakaian.
-       Kanak-kanak diberi peluang memberi pendapat sendiri mengenai pakaian yang dipapar di carta.

Langkah 2:
-       Guru membimbing kanak-kanak membaca nama pakaian.
-       Guru menerangkan kategori pakaian : lelaki, perempuan.
-       Kanak-kanak dikehendaki menunjuk pada pakaian tertentu apabila guru menyebut nama.

Langkah 3:
-       Kanak-kanak diminta duduk dalam bulatan dan dibagi palstisin setiap orang satu.
-       Kanak-kanak membuat corak atau bentuk baju dengan menggunakan plastisin.
-       Kanak-kanak bercerita tentang hasil kerja sendiri.

Penutup:
-       Kanak-kanak membaca lagi nama jenis-jennis pakaian.
-       Guru berpesan agar membuat ulangkaji di rumah.






 ga + un = gaun

 ke + me + ja = kemeja

 ba + ju = baju

 blaus

 se + lu + ar = seluar

 ta + li = tali
ping + gang = pinggang
tali pinggang

 to + pi = topi

ka + sut = kasut